Tuesday, November 28, 2017

Yuran PIBG Mahal....

gambar hiasan

YURAN PIBG TIDAK WAJIB
1. Bayaran PIBG adalah sukarela. Ia adalah sumbangan BUKAN YURAN.
2. Walaupun keluarga mampu tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG.
3. Di sinilah tugas kepimpinan PIBG diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibubapa.
4. Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela.
4. Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusn sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.
5. Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.
6. Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan akta ini.
7. Jadi, adalah sangat musykil jika ada sebahagian orang yang mendakwa keputusan peperiksaan ditahan jika tidak membayar sumbangan PIBG ini.


Sumber: https://www.facebook.com/penangkini/photos/a.1507705049466975.1073741829.1422465924657555/2039510742953067/?type=3&theater

Saturday, November 25, 2017

Cikgu Suruh Buat Kerja Sendiri

Cikgu suruh buat kerja sendiri, tak belajar dan hanya main bersama rakan-rakan dalam kelas menjadi punca sebahagian besar pelajar tidak ke sekolah pada hari-hari terakhir sebelum menjelang cuti sekolah akhir tahun.
gambar hiasan

Seorang murid tahun lima yang hanya mahu dikenali sebagai Haniff berkata, dia kini berselang-seli pergi sekolah kerana tidak tahu apa yang boleh dilakukan hinggalah sesi sekolah tamat.

Dia yang tinggal bersama neneknya hanya menjaga adik di rumah dan sudah dua hari tidak ke sekolah sejak minggu lalu.
(Buat apa nak ke sekolah, bukan ada buat apa pun. Dahlah tak belajar, cikgu pun tak marah kalau ponteng. Tapi saya akan pergi juga sekolah, mungkin dalam tiga hari terakhir takut kalau ada apa-apa cikgu nak maklumkan)
「Kalau di sekolah ada aktiviti sukan, seronok juga. Ini tak ada apa-apa pun nak dibuat,」 katanya ketika ditemui berjalan bersama rakannya di kawasan kedai di sini.
Seorang lagi murid tahun lima hanya mahu dikenali sebagai Azli berkata, jika ada aktiviti atau program makan-makan barulah dia mahu ke sekolahnya terletak di Puchong, di sini.
「Bukan saya tak mahu pergi sekolah, memang tak ada buat apa pun. Hari-hari buat kerja sendiri di sekolah pun bosan juga. Bukan boleh pergi padang pun, kena duduk dalam kelas saja buat kami jemu dan bosan.
「Kalau duduk di rumah boleh juga berjalan pergi kedai dan main di padang,」 katanya.
Tinjauan terhadap seorang murid tahun enam yang hanya mahu dikenali sebagai Intan berkata, ada guru yang masuk ke kelas, namun murid disuruh membuat kerja sendiri.
「Cikgu masuk kelas suruh keluarkan buku dan baca sendiri tanpa mengajar apa-apa. Manalah kami nak baca, lagipun Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah habis, buat apa baca buku sekolah rendah lagi.
「Takkanlah kami nak bawa buku teks tingkatan satu pergi sekolah, belum masanya lagi,」 katanya.
Sumber : http://www.myedushare.orgs.one/show/100962

Selamat bercuti Akhir Tahun 2017

Selamat bercuti dan jgn lupa Sk Ulu Tawar.Kerja yang belum beres pastikan lincin bak cermin di gosok breeze.Minggu pertama cuti masih ramai guru akan membereskan kerja yang belum selesai .Selamat bertugas.

Wednesday, November 22, 2017

Jamuan akhir tahun di Emerald Puteri SP

Tarikh : 22/11/2017
Masa  : 3:00 pm
Hari.    : Rabu


sahabat selamanya




Keputusan rasmi UPSR SKUT 2017

Tahniah kepada semua para murid yang kasihi  kerana berjaya mengharungi sebagai murid daripada tahun 1 - 6.
5A 1B

4A 2B


UPSR 2017

Tuesday, November 21, 2017

Program HIP Sekolah Keb Ulu Tawar

22/11/2017
Dataran SKUT
7:45 pg
Rabu
Program HIP akhir tahun yang di kendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris

Spelling Bee

Spelling Bee - Games to Learn English



Monday, November 20, 2017

Taklimat Frog VLE

Taklimat  tentang Frog VLE kepada murid tahap 2,ibu bapa dan guru .

Tarikh      :  21/11/2017
Masa        : 10 pagi
Tempat   :   Kelas Tahun 6
Hari        :   Selasa


Penyelaras Frog Vle En. Faizul




Jamuan Guru SKUT 2017


LDP Math Sains & I think

Tempat : Makmal ICT
Jam       : 145-2:45
Hari      : Isnin
Tarikh   : 20/11/2017
Penceramah : En Syamsul bin Halit (Guru ICT) dan En. Sham Fadly (PK Hem)








Sunday, November 19, 2017

Jamuan Akhir Tahun 6 2017

Terima kasih Jamuan makan  ...Semoga Allah membalas kebaikan anak-anak murid sekelian.Doa dan harapan menjadi anak yg soleh dan solehah.Jangan lupa hanya agama yang dapat memelihara diri kita daripada gejala yang menakutkan kita.


Ucapan GB




Menjamu


Catatan SKUT -Sek Kebangsaan Ulu Tawar

Tujuan blog ini  agar segala aktiviti mudah di layari.