Monday, January 22, 2018

Para pemenang Kejohanan Merentas Desa SKUT 2018

Tahniah kepada para pemenang semoga anda terus mengharumkan nama SKUT di peringkat daerah.Tahniah kepada semua yg membantu menjayakan kejohanan merentas desa 2018.Semoga Allah membalas kebaikkan yang berterusan daripada  jasa yg anda curahkan .


Peserta yang layak ke peringkat daerah



Tempat Pertama Keseluruhan : Mohd Syazwan 

kedua

ketiga


Wednesday, January 17, 2018

Hari terakhir Minggu Transisi Murid Tahun 1 SKUT 2018

Tahniah kepada pengelola Transisi tahun 1 Cg Md Syah ,Puan Horiah yang semua yg terlibat.




Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sk Ulu Tawar 2018

Hari Kejadian

Rabu
17 Januari 2018
Masa 2:30 Ptg
Tempat : Kg Ulu Tawar Karangan Kedah.

Terima kasih semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.Guru besar ,Para guru Anggota Polis Balai Malau Staff sokongan SKUT,pengawal keselamatan dan semua murid SK Ulu Tawar.Terima kasih semua.

warming up 
sedia

flag off






staff turut serta

kekejangan otot


semangat yang luar biasa

Monday, January 15, 2018

INFORMASI BAHASA - “PERLANTIKAN” ATAU “PELANTIKAN”

sekadar hiasan

INFORMASI BAHASA - “PERLANTIKAN” ATAU “PELANTIKAN”

INFORMASI BAHASA
29.06.2015
“PERLANTIKAN” ATAU “PELANTIKAN”

Untuk membezakan ejaan perlantikan dengan pelantikan perkara pertama yang perlu ditentukan ialah imbuhan yang boleh digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf “l” seperti lucut, letak, lancar, lanjut, dan lain-lain Permasalahan ini tidak akan timbul pada perkataan yang bermula dengan huruf lain daripada “l”.
Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua,  penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya,  perburu, iaitu orang yang berburu.
Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan.  Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya.  Lihat contoh di bawah:
(a)
...... perletakan batu asas (salah)
...... peletakan batu asas (betul)

(b)
......perlantikan pengawas baharu (salah)
......pelantikan pengawas baharu (betul)

Jika perkataan tersebut boleh ditambah imbuhan meN-…-kan, perkataan tersebut dieja dengan peN-…-an iaitu tanpa huruf “r”. Sebagai contoh, perkataan lucut, letak, lancar, lanjut, lepas, laksana boleh ditambah apitan meN-…-kan (me-…-kan) menjadi; melucutkan, meletakkan, melancarkan, melanjutkan, melepaskan, melaksanakan perkataan tersebut dieja sebagai; pelucutan, peletakan, pelancaran, pelanjutan, pelepasan, pelaksanaan. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan. Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.

Sebaliknya, jika sesuatu perkataan yang bermula dengan huruf “l” boleh menerima apitan beR-…, seperti berlumba, berlawan, berlaga, perkataan tersebut dieja dengan peR-…-an iaitu dengan huruf r (per-…-an) menjadi; perlumbaan, perlawanan, perlagaan. Lihat contoh di bawah:

(c)
...... pelumbaan haram (salah)
...... perlumbaann haram (betul)

(d)
...... pelawanan bola sepak (salah)
...... perlawanan  bola sepak (betul)

Kaedah ini tidak melibatkan perkataan yang bermula dengan huruf lain, selain huruf “l” seperti gaduh, tambah, damai, tetap dieja sebagai pergaduhan, pertambahan, perdamaian, dan bukan dieja pegaduhan, petambahan, pedekatan, pedamaian. Lihat contoh di bawah:

(e)
...... pegaduhan antara Ali dengan Ah Meng (salah)
...... pergaduhan antara Ali dengan Ah Meng (betul)

(f)
...... petambahan penduduk di Lembah Klang (salah)
...... pertambahan penduduk di Lembah Klang (betul)

(g)
...... pedekatan yang sesuai (salah)
...... pendekatan yang sesuai (betul)

(h)
...... pedamaian antara puak yang bermusuhan (salah)
...... perdamaian antara puak yang bermusuhan (betul)
...... kongres pedamaian sedunia (salah)
...... kongres pendamaian sedunia. (betul)

Sebagai kesimpulannya, keraguan tentang ejaan perkataan yang menggunakan pe-…-an atau per-…-an dapat diatasi dengan menentukan imbuhan yang dapat digunakan dengan kata dasarnya. Rujuklah Tatabahasa Dewan Edisi Baharu untuk mendapatkan panduan yang betul agar kita dapat memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

http://cikgutancl.blogspot.my/2015/06/informasi-bahasa-perlantikan-atau.html

Saturday, January 13, 2018

Taklimat & Dialog prestasi bersama Waris UPSR & PPSR murid tahun 6 2018

14 jan 2018
Makmal ICT SKUT
Jam : 9:00 am
Ahad

Taklimat dan Dialog prestasi bersama waris bagi murid tahun 6 ,  2018 .Semoga dengan kerjsama sarana PIBG dan Sekolah dapat meningkatkan kecemerlangan warga Sk. Ulu tawar.Terima kasih kepada Guru besar ,para guru dan  semua waris yang turut terlibat menjayakan program ini.



Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas PSS SKUT 2018

Alhamdulillah berjalan lancar penyerahan watikah perlantikan kepada para pengawas bagi sesi 2018 .
Semoga para pengawas dapat menjalankan tugas dengan didikasi dan komitmen yang tinggi terhadap amanah yang diterima.

Tarikh        :  14 JAN 2018
Tempat       :  Dataran Ilmu SKUT
Jam            :   8:00 am
Hari           :   Ahad






BERSAMA PENTADBIR 

IKRAR PENGAWAS 

Thursday, January 4, 2018

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Tahniah guru pjk mula melaksanakan perekodan SEGAK Sk Ulu Tawar 2018.
Kita ambil peduli sedikit tentang SEGAK.Apa itu SEGAK ?

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.

Matlamat SEGAK Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Objektif SEGAK Murid dapat:

1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;
2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.





Monday, January 1, 2018

Selamat Datang Tahun 2018

Semoga kalian bersemangat menghadapi tahun baru 2018 ,belajarlah bersungguh -sungguh menghadapi dunia yang mencabar.Guru yang bertugas pada minggu 1 persekolahan Ustaz Aminuddin Abdul Latiff dan Ustazah Fazlina Guru RMT Horiah btYahaya.Tema pada minggu ini ialah peraturan sekolah .


Sapaan mesra daripada guru buat anak murid tercinta