Saturday, July 30, 2022

Majlis Persaraan Guru Sk Semeling 2022


 DOA MAJLIS PERSARAAN GURU

Bismillahirrahmanirrahim , Alhamdulillah rabbil a lamiin ,wassolatu wassalamu ala ashrafil anbiyai walmursalin waala alihi wasoh bihi ajmain.

Allahumma solli ala saiyidina muhammadin solatan tunajjiina min jamii ahwali…..

Ya Allahu Ya A’lim

Segala puji bagi mu Ya Allah tuhan sekelian alam,Demi Maha pemurah dan penyayang mu ya Allah ,mengatur segala pertemuan dan perpisahan ,Mengatur segala rezeki di awal dan akhir,Demi zatmu yang maha tinggi,Iyyaka nakbudu wakikkyaka nastaain ,Ya man khazainuhu baina kaffi wannun , demi maha pentadbir segala sesuatu - tiada daya yang dapat kami menolak kehendak mu dan tiada daya kami kehendaki melainankan kehendakmu. la haula wala quwwata illa billah.

Ya Ghafiri zambi, Wahai tuhan yang maha pengampun,

Ampunilah dosa kami ,dosa ibubapa kami,dosa guru-guru kami,dosa di kalangan kami,dosa mereka yang telah meninggalkan kami,Sesungguhnya kami mengaku bahawa setiap detik dosa yg  berbekas di hati menyebabkan kami menjadi khayal dengan dosa kami,Kejutkanlah kami ketika kami leka gelak ketawa menyebabkan hati keras untuk berdoa , tiada lebih layak dari segalanya hanya padamu yg maha esa, Bersihkan roh kami ya allah agar kami dapat meneruskan hidup dengan ketaatan,pimpinlah kami agar kemaksiatan  dapat di jauhkan.Bersihkanlah titik hitam di hati kami jika masih terkesan.Lapangkan hati kami dengan penuh keredhaan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram , ya Allah demi zat yang memiliki segala kemuliaan,

Doa kami hari ini padamu ya Allah kurniakanlah kepada yg mulia Cikgu Muhamad b. Ab. Hamid dan Cikgu Roszita binti Abdul Rahman serta keluargaanya kesihatan yang berkekalan,umur yang panjang dalam kebaikkan ,istiqamah di jalanmu menguruskan hidup selepas persaraan ,Ya Allah jadikanlah bekas jejak mereka di sini sebagai saksi di hadapan Allah nanti sebagai kebaikkan yang berpanjangan.limpahilah pahala yang berterusan dengan usaha yang telah meraka curahkan di sini .Tabahkan dan tetapkan hati mereka untuk terus menjadi hamba mu yg di redhai.

Ya Mujiba saa ililin – Wahai zat yang menerima rintihan hambanya.Perkenankan doa kami,

Allhumaj’al jam ana jamaaa marhumaa ----

Rabbana atia

 










Wednesday, July 27, 2022

Majlis meraikan kenaikkan pangkat Ustaz Mohd Fathi

 Selamat Maju Jaya dan Tahniah Kepada Ustaz Mohd Fathi bin Mohd Yusup telah dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di Sk.Ibrahim .Semoga segala usaha baik daripada Ustaz Fathi sepanjang berkhidmat di SK.Semeling di ganjari Allah sebagai amal jariah yang berkekalan.















Punch kad Terakhir Ustaz Fathi di Sk Semeling






Terima kasih Ustaz


Saturday, July 23, 2022

Alhamdulillah Kem Bestari Solat (KBS) pasca pandemik Tahap 1 SK Semeling 2020/2022 berjaya dilaksanakan .

 Terima semua terutama GB Sk Semeling Puan Saudah bt Muhammad Taib ,Ketua Panitia Ustaz Fathi Mohd Yusup Para GBA dan GPI guru, murid dan para waris yang turuf membantu menjayakan program ini.Semoga Allah menganjari  pahala bagi segala kebaikkan  yang di sumbangkan.