31 0gos 2022 / Rabu / Peringkat Sk. Semeling
Tuesday, August 30, 2022
Saturday, August 27, 2022
Selamat Jalan seorang Guru - Telah kembali kepada Allah Cg Zalina binti Idris pada 27 Ogos 2022 /Sabtu/ Jam 9:30 malam
Semoga Al Marhumah Cg Zalina bin Idris di tempatkan bersama para anbia’ siddiqin syuhada dan solihin. Amiin Ya rabbal aa’lamin .
![]() |
Cg Zalina dalam Kenangan |
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها واغسلها بالماء والثلج والبرد ونقها من الخطايا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan tempat turunnyanya, luaskan tempat tinggalnya (di dalam kubur), mandikannya dengan air, salji dan air dingin. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.
![]() |
Bacaan Yaasin dah Tahlil di medan Ilmu Sk Semeling. |
Tuesday, August 16, 2022
Sambutan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 kali ke 65
17 Ogos 2022 - Rabu - Dataran Ilmu Sk Semeling -Dirasmikan oleh : Pn. Salina bt. Ahmad.
Tema " Keluarga Malaysia Teguh Bersama "
Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia di adakan setiap tahun untuk mendidik generasi muda umumnya dan warga sekolah khasnya menghargai kemerdekaan yang dikecapi kini serta mengingati jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita.Sambutan ini secara tidak langsung menyemai dan menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan warga SEMARAK .sekaligus mengingatkan kita agar mengisi kemerdekaan ini dengan penerapan perkara-perkara positif ke arah kemajuan & pembangunan negara yang tercinta.
![]() |
Ucapan Penyelaras Program Cg Mohd Zahir bin Kamis |