Sunday, November 11, 2018
Friday, October 12, 2018
Sunday, September 9, 2018
Solawat Tafrijiyyah
Alfatihah 1x
Solawat tafrijiyyah 4444 x - mohonlah doa yang di kehendaki-
Insyallah mustajab
https://www.youtube.com/watch?v=HlqyhpVgmgo
Solawat tafrijiyyah 4444 x - mohonlah doa yang di kehendaki-
Insyallah mustajab
https://www.youtube.com/watch?v=HlqyhpVgmgo
Tuesday, September 4, 2018
Sunday, September 2, 2018
Sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sk Teloi Kanan 2018
Tarikh : 30 Ogos 2018
Hari : Khamis
Tempat : Sk Teloi Kanan
Tentatif
- Senamrobik Merdeka Peringkat Daerah Baling
- Kembara Merdeka
- Pertandingan Basikal dan Pakaian Beragam Sempena Kemerdekaan
- AlQuran Hour
- Majlis Penyampaian Penghargaan.
Terima kasih kepada semua yg turut serta melibatkan diri,semoga di ganjari .
Hari : Khamis
Tempat : Sk Teloi Kanan
Tentatif
- Senamrobik Merdeka Peringkat Daerah Baling
- Kembara Merdeka
- Pertandingan Basikal dan Pakaian Beragam Sempena Kemerdekaan
- AlQuran Hour
- Majlis Penyampaian Penghargaan.
Terima kasih kepada semua yg turut serta melibatkan diri,semoga di ganjari .
![]() |
| Pendaftaran |
![]() |
| Pakaian Beragam |
![]() |
| Senamrobik |
![]() |
| Basikal beragam |
Monday, August 6, 2018
Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria)
Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi pengajaran abad ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria) merupakan paparan penting di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari dan apa yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk menggunakannya. Elemen ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan. Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya, “Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi pembelajaran yang hendak disampaikan.
Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya “bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh dikatakan mereka berjaya?”.
Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan:
- Objektif pembelajaran:
5.2.3 Memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
- Kriteria Kejayaan:
Murid dapat:
– Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
– Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
– Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah dengan betul.
Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi pembelajaran bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman mengurung objektif pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama murid-murid kita!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































































