Sunday, July 5, 2020

13 perkara penting yang anda perlu tahu !!! #staysave

Berikut adalah 13 perkara penting yang anda perlu tahu dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, pada Rabu.

1. Murid sekolah rendah Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat, kelas peralihan dan Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai 2020.

2. Pelajar sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai 2020.

3. Pembukaan semula sekolah hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebarang aktiviti ko-kurikulum adalah tidak dibenarkan.

4. Tiga model pengoperasian yang dikenal pasti oleh KPM adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

5. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

6. Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

7. Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

8. Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

9. Bagi Model Penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

10. Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari selepas 24 Jun 2020.

11. Semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada 15 Julai 2020. Ini termasuk pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat perkembangan.

12. Kantin sekolah boleh beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dijalankan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri.

13. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka disarankan untuk mematuhi tarikh cadangan pembukaan semula oleh KPM dengan mematuhi semua SOP yang sudah ditetapkan.

Tuesday, March 3, 2020

Watikah Perlantikan Pengawas Sk.Semeling 2020

KETUA PENGAWAS : NUR ADRIANA ZAHRA BINTI NORZAIDI
PEN. KETUA PENGAWAS : MUHAMMAD SYAFIQ DANIAL BIN MOHD SHAFAREN

Pengawas SK.Semeling 2020

Exco Pengawas SK.Semeling 2020

Monday, January 27, 2020

Dosa Besar orang yg mencaci maki kedua Ibubapanya.


من أكبر الكبائر أن يلعن الرجل والديه
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ». قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ: «يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ، فَيَسُبُّ أَبَاهُ،     وَيَسُبُّ أَمَّهُ
Dosa Besar orang yg mencaci maki kedua ibubapanya.

Sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam : Sesungguhnya dosa besar seseorang anak mencaci maki 

Ibubapanya.Dikatakan daripada Abdullah bin Amru Radialllahuanhu berkata:

Ya Rasullallah bagaimana mungkin seorang lelaki memaki kedua Ibubapanya? 

Sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam : 

Seorang lelaki mencaci maki bapa orang lain ,maka orang lain mencaci maki ibubapanya.

Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim 

Sunday, November 10, 2019

Perkhemahan ASPIRASI JATI DIRI SK. Semeling 2019.

Perkhemahan ASPIRASI JATI DIRI SK. Semeling 2019.Peserta seramai 80 orang dari kelas 5 dan 6 .Bertempat di Kem Palas Titi Hayun Kedah selama 2 hari 1 malam.
Terima kasih kepada semua yang turut terlibat menjayakan perkhemahan ini.Semoga semua peserta mendapat input yang berguna bagi membentuk generasi yang kuat jatidiri bagi menghadapi dunia yang penuh cabaran.

Penginapan Untuk Guru pengiring.


Jungle Tracking

Cintailah Hutan Kita



Lokasi yang menarik

Indahnya Alam Ciptaan Ilahi




cabaran yang hebat



DISIPLIN


Suasana kem latihan






80 peserta dari Sk Semeling


Sarapan Pagi