“Jadi, anak-anak di sekolah rendah yang mana sebelum ini hadir ke sekolah secara bergilir, bermula 17 dan 18 April ini, anak-anak boleh datang ke sekolah tanpa penggiliran," ujarnya dalam perkongsian video di Facebook pada Jumaat.
Namun, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengambil ringan terhadap pematuan prosedur operasi standard (SOP), lebih-lebih lagi ketika menuju fasa peralihan ke endemik.
“Paling penting ialah pematuhan semua anak-anak dan guru di sekolah ini kepada SOP yang ditetapkan walaupun kita bergerak dalam Fasa Peralihan ke Endemik.
“Jadi pematuhannya adalah amat penting terutama apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
“Saya minta jasa baik semua ibu bapa untuk setia ingatkan anak-anak apabila hadir ke sekolah nanti, bahawa pematuhan kepada SOP itu satu keutamaan,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment