Friday, October 6, 2023

Kenapa di gelar Abdul Muttalib

 Bapanya ialah Hashim ibn 'Abd Manaf,[1]:81 leluhur bagi keturunan yang dimuliakan, Bani Hasyim, salah sebuah kabilah di Mekah, kaum Quraisy. Mereka mendakwa merupakan keturunan daripada Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Ibunya ialah Salma binti Amr, dari Bani Najjar, sebuah kabilah dari kaum Khazraj di Yathrib(lkemudiannya dipanggil Madinah)[2]. Hasyim telah meninggal dunia semasa sedang berurus niaga di Gaza, sebelum Abdul Muttalib lahir.[1]:81

Beliau telah diberikan nama "Syaibah" yang bermaksud 'orang tua' atau 'uban' disebabkan terdapat jalur putih di rambut hitamnya, dan kadang kala dipanggil Syaibah al-Ḥamd("Uban yang dipuji").[1]:81–82Selepas kematian bapanya, beliau dibesarkan di Yathrib oleh ibunya dan keluarga belah ibunya sehingga berusia 8 tahun ketika bapa saudaranya Muttalib ibn Abd Manaf pergi berjumpa dengannya di sana dan memohon kepada Salmah untuk beliau menjaga Syaibah. Salmah akhirnya membenarkan Syaibah pergi kepada Muttalib. Sebaik sahaja tiba di Mekah, penduduk Mekah menyangka anak yang tidak dikenali itu sebagai hamba kepada Muttalib, maka mereka menggelar Syaibah sebagai Abdul Muttalib yang bermaksud Hamba Al-Muttalib..[1]:85–86

No comments:

Post a Comment