Wednesday, June 15, 2022
Saturday, June 11, 2022
Tuesday, April 19, 2022
Amalan yang dimahsyurkan oleh Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani (W. 1961M ), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Amalan yang dimahsyurkan oleh Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani (W. 1961M ), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Mengikut riwayat oleh Dato' Hj Mohd Tahir bin Dato' Hj Ahmad Badawi, ini asal usul penyebaran amalan لو أنزلنا Syeikh Abdullah Fahim:
Suatu ketika dalam sekitar tahun 50-an, sepasukan tentera Melayu di negeri Perak tak dapat menggempur kem komunis bagi menyelamatkan 2 orang tentera yang dijadikan tebusan oleh kerana kawalan yang begitu ketat dan kekurangan kekuatan.
Maka mereka datang berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani di Madrasah Idrisiyah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu beliau menjawat sebagai Mudir / Pengetua.
Syeikh Abdullah Fahim menulis amalan ini ( dalam gambar dibawah ) dan diletakkan dalam topi pada setiap orang dalam pasukan tersebut.
Dengan pertolongan Allah, pasukan tersebut berjaya mengalahkan komunis. Walaupun mereka ditembak, kepada kepala sekalipun namun tidak lut.
Selepas daripada itu mereka merujuk kembali kepada Syeikh Abdullah Fahim dan sejak itulah amalan ini terus dikembangkan sehingga sekarang.
Alhamdulillah kami terima ijazah amalan ini drpd 9 orang murid Syeikh Abdullah Fahim. Antaranya daripada al-Mu'ammar al-Ustaz Hj Abu Seman bin Din al-Filfilani yang beliau terima secara khusus di tangan Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani.
Baca sambil letakkan tangan kanan di atas kepala hingga selesai, seperti dalam hadis yang menggalakkan letak tangan kanan di atas kepala semasa membaca Surah al-Hasyr ayat 21 sehingga 24.
Hikmatnya : dikurniakan kesihatan keafiatan pada jiwa dan tubuh, biiznillah.
Faiz al-Filfilani
18 Ramadhan 1443 H
Monday, April 11, 2022
Tiada lagi penggiliran di sekolah bermula 17 April - Menteri Pendidikan
“Jadi, anak-anak di sekolah rendah yang mana sebelum ini hadir ke sekolah secara bergilir, bermula 17 dan 18 April ini, anak-anak boleh datang ke sekolah tanpa penggiliran," ujarnya dalam perkongsian video di Facebook pada Jumaat.
Tuesday, February 15, 2022
Tuesday, December 21, 2021
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PULAU PANGKOR - RPP Pulau Pangkor
Bismillah
Setiap penjawat awam berhak untuk menginap di RPP melalui tempahan secara online Sebanyak 11 rumah peranginan perseketuan boleh inap bagi penjawat awam berdasarkan gred jawatan mereka.layari https://sbbph.bph.gov.my/ untuk daftar bagi tempahan seterusnya.
| 1 | RUMAH PERANGINAN EKSEKUTIF PORT DICKSON (BLOK LAMA) | |
| 2 | RUMAH PERANGINAN EKSEKUTIF PULAU PANGKOR | |
| 3 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PREMIER LABUAN | |
| 4 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF BUKIT FRASER | |
| 5 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF CAMERON HIGHLANDS | |
| 6 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF MORIB | |
| 7 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF PULAU LANGKAWI - FEDERAL VILLA | |
| 8 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF PULAU PINANG | |
| 9 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF TASIK KENYIR | |
| 10 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PREMIER SINGAPURA | |
| 11 | RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PREMIER TANJUNG TUAN |
Ini adalah tempat RPP Pangkor yang pernah saya inap di kawasan Pasir Bogak Pangkor.Tambang teksi RM 10.00 - Kalau musim cuti sekolah tambang teksi RM 15.00 . Apapun tanya dulu driver teksi.
| Chalet Bertingkat 2 bilik |
| Berhampiran pantai |
| Reakrasi kanak-kanak |









