Sunday, October 20, 2019

Majlis Khatam Al Quran Peringkat PPD KMY 1441 H,2019

Tempat : Masjid Al-Falah Batu 5 Gurun,Kedah,
Masa     : 8:00 pagi
Tarikh   : 16 Oktober 2019
Hari      : Khamis






4 wakil Sk Semeling 

Lawatan Penanda Aras Ke Cameron Highlands

Tempat : Sk Convent CH
Tarikh   : 17 Oktober 2019
Masa     : 8:00 pagi
Hari       : Jumaat


Terima Kasih kepada Guru besar SK Convent  kerana menerima kami Sk Semeling sebagai tetamu seterusnya pelbagai maklumat yang berguna dapat berkongsi bersama.Mudah-mudahan segala perkongsian dapat di adaptasi dalam kemajuan sekolah untuk masa hadapan.







terima kasih sedap tul scone 




















Sunday, October 13, 2019

Penerima Rambu Pengakap Kanak-kanak Sk Semeling 2019


Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi dalam penganugerahan tersebut:
1.Ahli berdaftar bagi tahun semasa.
2.Berada di Tahun 6 sekolah rendah.
2.Telah melepasidan lulus semua ujian lencana:
    2.1   Lencana Keahlian dan satu lencana wajib
    2.2   Lencana Kemajuan Keris Gangsa
    2.3   Dua Lencana Kegemaran
    2.4   Lencana Kemajuan Keris Perak
    2.5   Dua Lencana Pengetahuan
    2.6   Dua lencana Perkhidmatan
    2.7   Lencana Kemajuan Keris Emas
3.Telah menyempurnakan syarat tambahan iaitu perakuan ibubapa, guru sekolah, pemimpin kumpulan dan daerah melalui borang PPMNP/AR01 serta disahkan oleh Kuasa Penganjur Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah.







Thursday, October 10, 2019

Kem Akil Baligh SK Semeling 2019

Tempat : SK Semeling
Masa : 8:00 - 1:30 tgh
Tarikh : 8-10 Oktober 2019


Terima kasih kepada semua yang turut membantu menjayakan kem ini .Sedia maklum kem ini untuk murid tahun 6 pasca UPSR bagi memantapkan ilmu pengetahuan fardhu ain bagi menghadapi alam akil baligh.Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan puan .

Peserta terbaik 




Kumpulan terbaik 

latihan dalam kumpulan LDK

amali mandi wajib


Monday, June 10, 2019

Apa Perbezaan Antara 'Guru' dan 'Cikgu'?

Guru...cikgu. Apa bezanya? Sama saja, kan?
Err..nanti dulu! Kena baca penerangan ini dahulu.
"Cikgu, saya tidak faham dengan soalan ini."
"Guru, saya tidak faham dengan soalan ini."
Ada perbezaan tak?
Menurut satu artikel mengenai perbezaan antara 'guru' dan 'cikgu' yang ditulis oleh Dr Cikgu Muhammad Ariff Ahmad,
Ramai orang berpendapat bahawa 'cikgu' dan 'guru' seerti dan perkataan itu boleh menggantikan satu sama lain. Betul ke?
Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa 'cikgu' merupakan panggilan kepada guru, misalnya, panggilan Cikgu Sarimah, Cikgu Aizah, Cikgu Hasnida dan lain-lain.
'Guru' pula maknanya, orang yang mengajar (teacher). 'Guru' juga membawa pengertian umum bagi 'cikgu'.
Misalnya:
Cikgu Aizah mengajar di sekolah menengah.
Anaknya yang sulung menjadi guru.
Perkataan 'cikgu' berasal daripada dua suku kata iaitu 'cik', singkatan daripada perkataan 'encik'. Kata ganti nama 'encik' juga digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau digunakan
sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. Singkatan bagi perkataan ini ialah 'cik'.
Misalnya, Cik Hasyimah, Cik Faizal dan lain-lain.
Kata ganti nama 'cik' yang diikuti perkataan 'gu', membentuk perkataan 'cikgu', yang digunakan sebagai panggilan kepada guru (dalam bahasa Inggeris, teacher).
Perkataan 'guru' pula bererti orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh.
Justeru, pendapat yang mengatakan bahawa perkataan 'cikgu' digunakan bagi nama panggilan, misalnya, Cikgu Kamisah, Cikgu Hasnah, Cikgu Farid dan lain-lain (nama-nama khas) dan perkataan 'guru' pula digunakan dalam bentuk nama am bagi perkataan 'cikgu', memanglah betul.
Orang-orang dahulu mengatakan bahawa terdapat perbezaan makna dan tugas antara 'cikgu' dengan 'guru' sebab suku kata 'gu' dalam bahasa Sanskrit bererti orang yang mengajar, sementara suku kata 'ru' pula bererti 'contoh yang baik'.
Kedua-dua suku kata itu disatukan menjadi perkataan 'guru' yang bererti 'orang yang mengajar dan menunjukkan contoh yang baik'.
'Cikgu' pula bererti orang yang tugasnya hanya mengajar.
Orang yang dipanggil 'guru' lebih berat tugas dan tanggungjawabnya daripada 'cikgu' sebab 'guru' bertugas mengajar dan menunjukkan contoh yang baik dari segi peribadi dan tingkah laku.
Cikgu hanya mengajar atau menyampaikan ilmu dan tugasnya selesai selepas waktu sekolah. Selepas waktu kerja, cikgu dan murid membawa haluan masing-masing.
Berbeza pula dengan 'guru' yang tugasnya mengajar dan menunjukkan contoh yang baik untuk membentuk akhlak dan peribadi anak didiknya.
Pendapat anda pula bagaimana?
Sumber: sketsamasyarakat.blosgpot.my

Sunday, April 28, 2019

Tahniah Alia Batrisya Abdul Rahim

Tahaniah kepada Alia Batrisya Abdul Rahim dari Sk Semeling kerana JOHAN dalam pertandingan tilawah Al Quran Peringkat Negeri Kedah di SMK agama Jerlun dan seterusnya melayakkan diri keperingkat Kebangsaan pada Jun akan datang.Tahniah dan terima kasih kepada semua yang turut sama memberi sokongan bagi merealisasikan kejayaan ini.